Cara pasang widget blog di blogspot


Pada artikel sebelumnya, Mari bina blog ada memaklumkan kepada anda yang Mari bina blog akan menunjukkan bagaimana untuk memasukkan widget didalam blog pada artikel yang akan datang. Jadi untuk tidak membuatkan anda tertunggu-tunggu, pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan bagaimana untuk memasukkan widget ke dalam blog. Kebiasaannya, widget akan di letakkan di bahagain tepi blog sama ada di sebelah kanan ataupun kiri. Untuk memasukkan widget tersebut, anda perlu mendapatkan script HTML widget yang anda inginkan seperti jam, chat box, slide show, gambar dan sebagainya.

Mari bina blog menganggap anda sudah mempunyai script HTML tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah klik di bahagian 'Layout' dan paparan seperti gambar yang di tunjukkan ini akan keluar.


Seterusnya klik 'Add a Gadget' dan paparan seperti gambar ini keluar.


Kemudian klik pula 'HTML/JavaScript' dan paparan Configure HTML/JavaScript akan muncul.


Copy script HTML yang anda ingin masukkan dan paste kan di bahagian content. Tuliskan Title berdasarkan apakah widget tersebut.


Sila taipkan perkataan center beserta kurungan <> di ikuti script HTML anda dan di akhiri dengan /center beserta kurungan<> seperti yang di highlightkan didalam gambar supaya widget yang anda masukkan tadi akan terletak di tengah-tengah sidebar anda.


Di sini Mari bina blog juga akan menyenaraikan website yang menyediakan perkhidmatan widget menarik yang boleh di pilih untuk di masukkan di dalam blog anda.

http://cbox.ws/index.php

http://www.histats.com

http://www.widgetbox.com

http://www.wieistmeineip.de

http://feedjit.com

http://www.widgeo.net

http://www.xat.com

http://www.islamicfinder.org

http://mycounter.tinycounter.com

http://whos.amung.us

http://www.flashbannernow.com

http://www.myflashfetish.com

http://www.flashvortex.com

http://www.clocklink.com

http://www.al-habib.info

http://www.shoutboxpro.com

http://www.shoutmix.com

http://widget-54.slide.com

G+

0 comments:

Post a Comment