Cara tukar template blog di blogspot

Menukar template bukanlah semudah yang di sangkakan kerana kesannya,kita akan kehilangan beberapa elemen dan widget-widget yang menarik dalam layout yang sebelumnya.Di sini, ingin Mari bina blog jelaskan beberapa langkah yang perlu di ambil sebelum menukar layout baru.

1. Anda harus membackup dulu template anda yang lama.Caranya, anda masuk ke menu "Layout --> Edit HTML", terus klik link bertuliskan "Download Full Template" terus simpan file yang diberikan.

2.Anda perlu backup elemen-elemen atau widget-widget yang dah pernah anda pasang sebelum ni, caranya >>masuk ke menu "Page Element", disitu kan banyak element-element yang sudah anda pasang, dibawahnya ada link bertuliskan "edit" klik link-link tersebut satu persatu, copy isi dari element itu dan simpan dalam notepad. Kalau anda dah ganti template dan ingin memasang element-element tersebut tinggal copy dari notepad dan letakkan di "add page element".

3.Jika template dan element-element sudah di backup, langkah seterusnya ialah mengupload template yang sudah anda download. Biasanya file template yang di download berbentuk "XML" tapi kadang-kadang ada juga yang berbentuk "zip atau rar".Jika begitu, anda harus mengekstraknya terlebih dahulu sehingga dapat file berbentuk "xml". Kemudian cara menguploadnya, Kembali ke menu "Edit HTML", disitu ada button "browse" .Klik button tersebut dan cari file template yg anda download tadi dan pastikan yang berformat XML, setelah itu terus klik button "upload".

4.Biasanya kita akan mendapat pengesahan bahawa segala widget-widget kita akan dihapuskan.Abaikan sahaja. Klik button "Confirm & Save".Selesai.Anda akan melihat blog anda berwajah baru.

Mari bina blog kongsikan beberapa web yang menyediakan templates untuk blogger (blogger templates) yang menarik. Pilihlah mengikut citarasa anda.

1) http://btemplates.com/
2) http://www.pyzam.com/
3) http://www.blogspottemplate.com/
4) http://blogspottemplates.blogspot.com/
5) http://www.finalsense.com/services/blog_templates/

G+

0 comments:

Post a Comment