Memadam Navigation Bar


Navigation Bar adalah satu frame yang terletak di bahagian atas blogspot secara default. Pada satu ketika kehadiran Navigation Bar ini mungkin mengganggu design blog anda. Navigation Bar ini boleh padam terus seperti blog ini, atau boleh disembunyikan dan dikeluarkan semula, atau anda juga boleh menjadikannya lutsinar.

Untuk menghilangkannya anda perlu melakukan langkah berikut:

Login ke blog anda dan pilih Layout>>Edit HTML
Masukkan kod berikut selepas maklumat template


#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none;
}


contohnya

-----------------------------------------------
Blogger Template Style
Name: Modi
Designer: Douglas Bowman
URL: www.stopdesign.com
Date: 26 Feb 2004
Updated by: § Suhaimimd § 02012009
----------------------------------------------- */

#navbar-iframe {
height:0px;
visibility:hidden;
display:none;
}

Kemudian Klik pada save template atau preview dahulu sebelum save.
Untuk menyembunyikan navigation bar dan keluar semula bila mouse dihalakan ke bahagian atas blog anda, tukar kod tadi dengan kod ini:


#navbar-iframe{
opacity:0.0;
filter:alpha(Opacity=0)
}

#navbar-iframe:hover{
opacity:1.0;
filter:alpha(Opacity=100, FinishedOpacity=100)
}

Untuk menjadikannya lutsinar atau sebahagian lutsinar, gunakan kod berikut:

#navbar-iframe{
opacity:0.0;
filter:alpha(Opacity=100)
}

Tukarkan nilai opacity:0.0 kepada kadar ketelusan yang anda kehendaki. Nilainya mestilah antara 0.0 hingga 1.0. Contohnya jika anda inginkan 50% lutsinar masukan 0.5.

G+

0 comments:

Post a Comment