Memasang jam pada blog

Semasa melayari sesuatu blog, kadangkala kita terpandang jam pada blog tersebut sama ada dari jenis digital ataupun analog. Mungkin kita juga teringin untuk memasangnya pada blog sendiri tetapi tidak tahu bagaimanakah caranya. Pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan anda bagaimana memasang widget jam pada blog. Sebelum itu, Mari bina blog akan mempamerkan beberapa contoh jam dari jenis analog dan digital.






Untukmemasang widget jam tersebut, anda perlu pergi ke http://www.clocklink.com/gallery.php . Seterusnya, anda bolehlah memilih jam jenis apakah yang ingin anda pasang pada blog anda. Setelah berpuashati dengan jenis jam yang anda pilih, klik pada button View HTML tag. Apabila paparan bagi jam tersebut muncul, tandakan pada Select by city dan pilih Malaysia pada bahagian Country dan Kuala Lumpur pada bahagian City. Setelah selesai, copy salah satu HTML tag jam tersebut dan pastekan pada column blog anda.

G+

0 comments:

Post a Comment