Membina link (pautan)


Salah satu bahagian yang terpenting di dalam blog adalah link (pautan) . Kebiasaannya bahagian link diletakkan pada sebelah tepi column. Untuk membina link, cara yang paling mudah ialah dengan klik pada Dashboard=> Layout=> Add a Gadget. Seterusnya klik pada Link List (rujuk gambar di bawah)


Seterusnya isikan tajuk pada ruangan Title . Contohnya seperti Rakan Blogger . Isikan jumlah link yang ingin anda masukkan pada ruangan Number of links to show in list. Kebiasaannya, ruangan tersebut di biarkan kosong. Kemudian pilih cara susunan bagi link sama ada bermula dari A-Z ataupun dari Z-A pada ruangan Sorting. Isikan URL pada ruangan New Site URL. Sebagai contoh, http://about-tutorials.blogspot.com dan nama URL tersebut. Contohnya seperti Mari Bina Blog. Setelah selesai untuk satu link, klik ADD LINK. Jika anda ingin menambahkan lagi link, ulangi langkah di atas. Akhir sekali, klik SAVE.

G+

0 comments:

Post a Comment