Muat naik gambar

Pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengupload ataupun memuat naik gambar pada posting anda. Cara yang paling mudah ialah dengan mengklik pada ikon 'add image'. Paparan seperti gambar ini akan keluar.



Klik 'browse' dan pilihlah gambar yang mana ingin masukkan pada posting anda. Anda boleh menguploadkan lebih daripada satu gambar dengan mengklik pada 'Add another image'. Anda boleh memilih sama ada ingin meletakkan gambar tersebut di bahagian sebelah tengah,kanan ataupun kiri pada posting tersebut. Selepas memilih gambar yang ingin anda masukkan pada posting tersebut, klik 'Upload image'. Tunggu seketika sehingga paparan seperti gambar di bawah ini muncul.




Kemudian klik 'Done'. Selesailah sudah proses untuk anda mengupload gambar. Terdapat beberapa cara lagi bagaimana untuk menguploadkan gambar. Selain dari cara yang saya tunjukkan ini, anda sebenarnya boleh menguploadkan gambar-gambar anda di file host seperti di photobucket.com.

G+

0 comments:

Post a Comment