Memasang shout box (ruangan sembang)

Pada artikel kali ini, Mari bina blog akan menunjukkan anda bagaimana memasang widget ruangan sembang (shout box) seperti cbox ataupun shoutmix.

Perkara pertama yang harus anda lakukan ialah pergi ke website shout box tersebut dan buat pendaftaran(register) dan ianya percuma . Bagi cbox linknya ialah http://cbox.ws/getone.php dan bagi shoutmix pula ialah http://www.shoutmix.com/main/signup.php. Setelah selesai membuat pendaftaran (register), copy tag HTML bagi shout box tersebut dan pastekan pada notepad terlebih dahulu. Edit saiz shout box tersebut supaya ianya muat apabila di letakkan pada column tepi blog anda.

Setelah selesai mengedit, copy tag HTML tersebut, login ke blog anda dan klik Dashboard => Layout => Add a Gadget (bahagian column tepi) => HTML/JavaScript . Pastekan tag HTML tersebut pada ruangan content dan letakkan title bagi shout box tersebut. Contohnya ruangan sembang atau ruangan borak dan sebagainya mengikut kreativiti anda. Setelah selesai, klik save.

Drag n drop widget shout box tersebut pada bahagian mana yang anda fikir sesuai untuk di letak pada layout anda.

G+

0 comments:

Post a Comment