Menukar latar belakang(background) blog

Bagi blogger yang menggunakan classic template yang di download dari blogger.com, anda sebenarnya boleh mengubah latar belakang(background) template anda daripada paparan kosong (kebiasaannya putih) kepada paparan yang berwarna ataupun bergambar.

Background berwarna

Masuk ke dashboard blog anda dan seterusnya pergi ke Layout=> Edit HTML. Tandakan pada kotak Expand Widget Templates. Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Taipkan body { pada kotak dan tekan enter. Cari kod yang bertulis background-color: #kod warna; . Edit kod warna tersebut dan gantikan dengan kod pilihan anda. Seterusnya, klik preview. Jika tiada sebarang mesej error muncul dan paparan tersebut muncul seperti apa yang anda inginkan, klik save.

p/s: Save script template asal terlebih dahulu.


Background bergambar / wallpaper

Langkah 1

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari satu gambar atau wallpaper yang bersaiz 1024 px x 730 px ke atas, salin url bagi gambar atau wallpaper tersebut dan pastekan pada notepad. Kemudian, salin kod di bawah, paste pada notepad dan edit kod tersebut dengan menggantikan url gambar atau wallpaper yang telah di pastekan terlebih dahulu tadi pada perkataan masukkan url.jpeg.

Kod:
background-image: url("masukkan url.jpg");
background-position: center;
background-repeat: no-repeat;
background-attachment: fixed;


Langkah 2

Masuk ke dashboard blog anda dan seterusnya pergi ke Layout=> Edit HTML. Tandakan pada kotak Expand Widget Templates. Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F. Taipkan body { pada kotak dan tekan enter. Cari kod yang bertulis background-color: #kod warna; . Hightlightkan kod tersebut dan gantikan dengan kod pada notepad yang telah di edit tadi. Seterusnya, klik preview. Jika tiada sebarang mesej error muncul dan paparan tersebut muncul seperti apa yang anda inginkan, klik save.

p/s: Save script template asal terlebih dahulu.

G+

0 comments:

Post a Comment