Mengubah blog daripada 'nofollow' kepada 'dofollow'

Untuk mengubah atribute blog daripada 'nofollow' kepada 'dofollow', hanya perlu mengubah kod pada script template. Ikut beberapa langkah yang ditunjukkan dibawah:

p/s: save script template asal, ianya bertujuan sebagai back up apabila terjadi error semasa melakukan editting pada script template.

Langkah 1

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada Expand Widget Template.

Langkah 2


Tekan Ctrl+F dan salin kod <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=’nofollow’> dan paste pada ruangan Find. Seterusnya tekan enter.

Langkah 3

Cari perkataan 'nofollow' pada kod tersebut dan ubah kepada 'dofollow'.

Contoh:

Sebelum = <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=nofollow>

Selepas = <a expr:href=’data:comment.authorUrl’ rel=dofollow>

Akhir sekali klik preview dan jika tiada mesej error yang keluar, klik saja save.

G+

0 comments:

Post a Comment