Memindahkan visitor secara auto daripada URL blog lama kepada URL blog yang baru


Apabila kita membina sebuah blog yang baru, akan timbul sedikit kesulitan kepada visitor yang masih belum lagi mengetahui URL blog kita yang baru. Cara yang biasa digunakan untuk memaklumkan kepada visitor yang melawat blog kita yang lama adalah dengan meletakkan nota berserta URL blog yang baru.

Terdapat satu cara yang lebih mudah, iaitu dengan memasang kod 'auto direct link' yang mana, apabila visitor melawat ke blog kita yang lama, secara automatik visitor tersebut akan dipindahkan ke blog kita yang baru. Anda boleh melihat contohnya di sini ataupun taipkan URL akutestlagi.blogspot.com pada adress bar browser anda.

Untuk membina 'auto direct link', anda hanya perlu meletakkan satu kod yang ringkas dan mudah pada script template blog yang lama.


Langkah 1

Salin dan edit kod berwarna biru dibawah pada notepad. Gantikan teks yang di bold dengan URL blog yang baru.

<meta content='0;url=http://gantikan URL blog anda pada teks ini' http-equiv='refresh'/>


Langkah 2

Log in blog => Dashboard => Layout => Edit HTML. Seterusnya tick pada kotak Expand Widget Templates.


Langkah 3

Dengan menggunakan keyboard, tekan Ctrl+F dan taipkan atau paste kod <head> pada ruang Find. Seterusnya tekan Enter.


Langkah 4

Salin kod yang telah siap di edit (rujuk langkah 1) dan paste di bawah atau selepas kod <head> (rujuk langkah 3)

Akhir sekali, klik preview dan jika tiada mesej error yang terpapar, klik saja Save.

p/s: Apasal tajuk entri ni dah macam karangan pulak dia punya panjang.

G+

0 comments:

Post a Comment