Facebook page: Tanya about-tutorials



Saya selalu menerima berbagai-bagai soalan di ruangan komen yang kadangkala bukan berkaitan post entri. Kebiasaannya saya selalu terlepas pandang kerana sibuk dengan urusan lain sehingga kadangkala terlupa tentang komen yang diberikan.

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah membuka Page di Facebook, khas untuk sebarang pertanyaan mengenai blog (Blogspot) atau apa saja yang sesuai dengan tahap kemahiran yang saya ada.

Blogger lain juga dijemput untuk sama-sama membantu menjawab pertanyaan rakan-rakan di page tersebut.

Untuk menyertai page tersebut, sika klik link pada page Facebook tersebut di muka depan sidebar blog ini ataupun dengan klik link ini. http://www.facebook.com/pages/about-tutorials/


Saya juga membuka tawaran untuk membuat editing template yang tidak melibatkan apa-apa design photoshop untuk blog secara sukarela tanpa mengenakan sebarang kos ataupun bayaran, tetapi ianya bergantung kepada kelapangan masa yang saya ada. Jika rakan-rakan blogger berminat, sila berhubung dengan saya melalui page tersebut.

G+

0 comments:

Post a Comment