Shoutmix bakal menghentikan servis percuma awal Januari 2012

Widget Shoutmix yang selama ini menjadi pilihan para blogger sebagai shout box bakal menamatkan servis percuma mereka.  Berita ini mungkin kurang menyenangkan ramai blogger yang selama ini selsesa menggunakan perkihdmatan tersebut. Namun sebagai langkah untuk terus maju dan menguntungkan, pihak shoutmix terpaksa menghentikan servis mereka secara percuma. Menurut apa yang diluahkan oleh pengasas Shoutmix, iaitu Snecx Tan, ianya berpunca daripada sikap pengguna yang lebih selesa menggunakan servis percuma dan tidak berkeinginan untuk menaiktarafkan shoutmix mereka kepada servis premium. Perkara ini merupakan berita buruk kepada mereka.

Servis percuma dari Shoutmix akan dihentikan sepenuhnya pada awal Januari 2012 dan menggantikannya dengan servis berbayar. Sekiranya anda masih lagi berminat untuk menggunakan perkhidmatan dari Shoutmix sebagai Shout box di blog anda, bayaran yang dikenakan adalah serendah $0.99 sebulan untuk versi 3 dan $1.67 sebulan untuk versi classic (lama).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca di http://www.shoutmix.com/v3/openletter.php


G+

0 comments:

Post a Comment